Tuesday, 22 December 2020

Cara buang pop up masalah virus/ malware di Microsoft Windows


https://answers.microsoft.com/en-us/protect/forum/all/windows-defender-identifies-the-same-pup-as-a/63f17794-3815-4784-b9cd-c6059c8e0828


If you have any malware, remediated by Windows Defender, that alerts repeatedly, this procedure applies to

it as well. In order to cleanup the malware completely, find the file in the "container file" in the Protection

History record, and delete the file that is described. If you can't find or access the file, run the Microsoft

Safety Scanner. It uses the same definitions as Windows Defender, and should remediate  the file.

https://docs.microsoft.com/en-us/windows/security/threat-protection/intelligence/safety-scanner-download 

Then proceed to delete the Protection History info.

END EDIT.

Windows Defender is defaulted to scan its own "Scans/History". Resulting in the discovery of the malware over

and over again.  Even though, other scanners see no evidence of the malware on the PC.       It doesn't exist!

Until Microsoft sees fit to fix this problem,  you can prevent the repeating error indication, by deleting the

items that are described in Windows Defender Protection History. You can delete them by accessing their files,

that are located in C:\ProgramData\Microsoft\Windows Defender\Scans\History\Service.

In the "Service" folder, find and delete "Detection History"

Note:  ProgramData is a hidden file. In order to access it, the "Hidden Items" option in "File Explorer" must be

checked.  Find the "Hidden Items" check box under the "View Tab".

And, the first time that you access "Scans", you must select "continue", to obtain the permission.

Restart and try another scan.    Notifications for the current malware should stop.  

However, this program miscue will probably reoccur, when the next PUP / Malware is encountered.  

Glen 


Sunday, 23 February 2020

Jom Kenali 6 Potensi Kerjaya Berdasarkan Kajian Psikologi

Potensi kerjaya berdasarkan kajian Psikologi adalah dari Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.
.
.
1.Realistik
Individu yang mempunyai kemahiran eletrik atau mekanikal. Individu ini juga lebih suka bekerja dengan mesin, binatang, objek, peralatan dan tumbuhan. Mereka jug alebih cenderung untuk bekerja di luar bangunan. Sebagai contoh, pekerjaannya seperti jurutera dan mekanik.
.
2.Investigatif
Ini pula merujuk kepada individu yang suka buat pemerhatian, menilai, menyelidik, mempelajari menganalisis dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta kerjaya bercorak teknikal. Sebagai contoh, pekerjaannya seperti doktor dan ahli sains.
.
3.Artistik
Merujuk kepada individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka tidak suka kepada kerja yang rutin dan berulang-ulang. Banyak menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contoh kerjayanya adalah, jurugambar dan pengarang.
.
4.Sosial
Untuk sosial, individu ini suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.
Contoh kerjaya individu sosial ialah, kaunselor dan cikgu.
.
5.Enterprising
Individu ini juga suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah,memimpin dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir dalam memanipulasi orang lain. Contoh kerjayanya adalah,usahawan dan peguam.
.
6.Konvensional
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian dan mempunyai kebolehan dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu dengan terperinci, akur dan mengikut arahan.
.
Anak anda lebih cenderung ke arah yang mana?

Thursday, 23 May 2013

Ciri-ciri Guru Cemerlang

             Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:
  1. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
  2. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi.
  3. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  4. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
  5. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
  6. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara

Mesyuarat Guru Kali ke 2

Isu-isu PdP Dari Pemantauan Pejabat Pelajaran Daerah


  • Tiada penulisan refleksi/ impak yang lengkap
  • Masuk kelas tidak mengikut masa
  • SP/ RPT tiada dalam Buku Rekod Mengajar
  • Buku Rekod tidak dibawa ke dalam kelas
  • Teknik penyoalan aras tinggi tidak digunakan
  • PdP tidak berpusatkan murid
  • BBM kurang digunakan
  • Persekitaran kelas kurang diberi perhatia sebelum kelas

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Teknologi Kejuruteraan Daerah Kali Pertama 2013

Tahun ini SMK Taman Semarak masih jadi Pengerusi Daerah, siapa lagi setiausahanya saya la..sebelum ni dah jadi pada tahun 2008, 2009, 2011, 2012 Masuk tahun ini kira cukup satu penggal macam PRU boleh la buat pemilihan baru tahun depan. Sekolah pun dah tak banyak tinggal 4 je tahun ni..SMK Taman Semarak, SMK Dato Mohd Said, Smk Taman Tunku Jaafar dan SMK Dato Mohd Said Seremban.
Alhamdulillah keputusan SPM tahun lepas, rata-rata sekolah dapat kenaikan peratus kelulusan dan GPMP.. Tahniah semua sekolah daerah Seremban termasuk SMK Taman Semarak.

Tahun ini dua aktiviti bakal diadakan. Aktiviti pertama Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Teknologi Kejuruteraan. Aktiviti kedua pula ialah Bengkel Pembinaan JSU dan Item Soalan Siri 2.. Aktiviti tersebut bakal dibuat pada bulan Julai dan Ogos tahun 2013. Diharap aktiviti ini bakal meningkatkan profesionalisme guru seterusnya meningkatkan prestasi pelajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Wassalam

Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2013


Pergi Ke Stadium Tertutup Nilai. Sampai ke sana leboh kurang jam 7.10 petang..solat dulu..kemudian makan..jumpa pulak kawan-kawan gu yang lain.. Jam 8.30, baru majlis bermula..

Monday, 22 October 2012

Kursus Penataraan mata pelajaran khb tingkatan 2 kemahiran teknikal

Kursus dijalankan di SM Sains Rembau, 69 km dari sekolah. Dari rumah jam 7.15 pagi ikut highway plus masuk exit tol pedas. Dari 22-24 Oktober 2012.

Hari pertama: Penerangan DSP (Dokumen Standard Prestasi) dan penerangan PBS merangkumi PS (Pentaksiran Sekolah) dan PP (Pentaksiran  Pusat)

Hari Kedua: Penerangan pembinaan instrument yang menepati Band  & Deskriptor serta perbincangan dalam kumpulan untuk menghasilkan instrument evidens berdasarkan topik.

Hari Ketiga: Pembentangan hasil kumpulan dan taklimat serta sumbang saran mengenai kaedah penyimpanan fail evidens murid

Saturday, 28 January 2012

Kerja-kerja pembaikan kerusi meja pelajar dan pendaftaran aset kelas-kelas

Tahun baru 2012 ni , meja pelajar banyak yang bermasalah.Inisiatif CC (En Fahamee bersama rakan-rakan makmal untuk kerja-kerja pendaftaran aset dan kerja kerja baik pulih sangat dihargai.Diharap guru-guru juga akan lebih bertanggungjawab dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang perlunya menjaga meja mereka sendiri. Jika ada kerosakan kecil dapat maklumkan segera. Tidaklah  nanti meja tu patah riuk.

 Syafiq (Pembantu Makmal Biologi) tekun membuat baik pulih meja pelajar

En. Fahamee juga tidak ketinggalan membantu

Wednesday, 25 January 2012

KEJOHANAN BADMINTON MSSD SEREMBAN 1



TARIKH: 18 & 19 JAN 2012
TEMPAT: SMJK CHAN WA, SEREMBAN

SMK TAMAN SEMARAK TELAH MENGHANTAR 16 ORANG PEMAIN BADMINTON LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN TERSEBUT. PRESTASI PEMAIN NAMPAKNYA SANGAT JAUH STANDARDNYA DARI PEMAIN YANG MENYERTAINYA. HANYA SYAFIQ AMMAR YANG DAPAT MEMBERI SAINGAN DAN DAPAT MARA SAMPAI KE PUSINGAN KETIGA DAN TEWAS KEPADA PEMAIN DARI SMK DATO' MOHD SAID (PEMAIN KELAB) DALAM KATEGORI PERSEORANGAN LELAKI. PEMAIN LAIN TEWAS SEAWAL PERLAWANAN PERTAMA KECUALI SATU BERGU B15 DAN PERSEORANGAN PEREMPUAN B18 YANG BERJAYA MELEPASI PUSINGAN PERTAMA TAPI TEWAS SELEPAS ITU. NAMPAKNYA PEMAIN SEKOLAH PERLU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN STAMINA JIKA INGIN PERGI JAUH UNTUK MEYERTAI KEJOHANAN AKAN DATANG.

Monday, 3 May 2010

Hari Keluarga Villa Sayang 2010



Legend Garden Pool Villas Port Dickson, Negeri Sembilan

23-25 April 2010

Perkumpulan keluarga-keluarga dari sebelah Isteri dan pertama kali diadakan.

Tahniah Semua!!