Thursday, 23 May 2013

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Teknologi Kejuruteraan Daerah Kali Pertama 2013

Tahun ini SMK Taman Semarak masih jadi Pengerusi Daerah, siapa lagi setiausahanya saya la..sebelum ni dah jadi pada tahun 2008, 2009, 2011, 2012 Masuk tahun ini kira cukup satu penggal macam PRU boleh la buat pemilihan baru tahun depan. Sekolah pun dah tak banyak tinggal 4 je tahun ni..SMK Taman Semarak, SMK Dato Mohd Said, Smk Taman Tunku Jaafar dan SMK Dato Mohd Said Seremban.
Alhamdulillah keputusan SPM tahun lepas, rata-rata sekolah dapat kenaikan peratus kelulusan dan GPMP.. Tahniah semua sekolah daerah Seremban termasuk SMK Taman Semarak.

Tahun ini dua aktiviti bakal diadakan. Aktiviti pertama Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Teknologi Kejuruteraan. Aktiviti kedua pula ialah Bengkel Pembinaan JSU dan Item Soalan Siri 2.. Aktiviti tersebut bakal dibuat pada bulan Julai dan Ogos tahun 2013. Diharap aktiviti ini bakal meningkatkan profesionalisme guru seterusnya meningkatkan prestasi pelajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Wassalam

No comments:

Post a Comment