Sunday, 28 October 2012
Monday, 22 October 2012
Kursus Penataraan mata pelajaran khb tingkatan 2 kemahiran teknikal
Kursus dijalankan di SM Sains Rembau, 69 km dari sekolah. Dari rumah jam 7.15 pagi ikut highway plus masuk exit tol pedas. Dari 22-24 Oktober 2012.
Hari pertama: Penerangan DSP (Dokumen Standard Prestasi) dan penerangan PBS merangkumi PS (Pentaksiran Sekolah) dan PP (Pentaksiran Pusat)
Hari Kedua: Penerangan pembinaan instrument yang menepati Band & Deskriptor serta perbincangan dalam kumpulan untuk menghasilkan instrument evidens berdasarkan topik.
Hari Ketiga: Pembentangan hasil kumpulan dan taklimat serta sumbang saran mengenai kaedah penyimpanan fail evidens murid

Saturday, 28 January 2012
Kerja-kerja pembaikan kerusi meja pelajar dan pendaftaran aset kelas-kelas
Tahun baru 2012 ni , meja pelajar banyak yang bermasalah.Inisiatif CC (En Fahamee bersama rakan-rakan makmal untuk kerja-kerja pendaftaran aset dan kerja kerja baik pulih sangat dihargai.Diharap guru-guru juga akan lebih bertanggungjawab dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang perlunya menjaga meja mereka sendiri. Jika ada kerosakan kecil dapat maklumkan segera. Tidaklah nanti meja tu patah riuk.
Syafiq (Pembantu Makmal Biologi) tekun membuat baik pulih meja pelajar
En. Fahamee juga tidak ketinggalan membantu
Wednesday, 25 January 2012
KEJOHANAN BADMINTON MSSD SEREMBAN 1
TEMPAT: SMJK CHAN WA, SEREMBAN
SMK TAMAN SEMARAK TELAH MENGHANTAR 16 ORANG PEMAIN BADMINTON LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN TERSEBUT. PRESTASI PEMAIN NAMPAKNYA SANGAT JAUH STANDARDNYA DARI PEMAIN YANG MENYERTAINYA. HANYA SYAFIQ AMMAR YANG DAPAT MEMBERI SAINGAN DAN DAPAT MARA SAMPAI KE PUSINGAN KETIGA DAN TEWAS KEPADA PEMAIN DARI SMK DATO' MOHD SAID (PEMAIN KELAB) DALAM KATEGORI PERSEORANGAN LELAKI. PEMAIN LAIN TEWAS SEAWAL PERLAWANAN PERTAMA KECUALI SATU BERGU B15 DAN PERSEORANGAN PEREMPUAN B18 YANG BERJAYA MELEPASI PUSINGAN PERTAMA TAPI TEWAS SELEPAS ITU. NAMPAKNYA PEMAIN SEKOLAH PERLU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN STAMINA JIKA INGIN PERGI JAUH UNTUK MEYERTAI KEJOHANAN AKAN DATANG.
Subscribe to:
Posts (Atom)