Thursday, 23 May 2013

Ciri-ciri Guru Cemerlang

             Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:
  1. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
  2. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi.
  3. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  4. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
  5. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
  6. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara

Mesyuarat Guru Kali ke 2

Isu-isu PdP Dari Pemantauan Pejabat Pelajaran Daerah


  • Tiada penulisan refleksi/ impak yang lengkap
  • Masuk kelas tidak mengikut masa
  • SP/ RPT tiada dalam Buku Rekod Mengajar
  • Buku Rekod tidak dibawa ke dalam kelas
  • Teknik penyoalan aras tinggi tidak digunakan
  • PdP tidak berpusatkan murid
  • BBM kurang digunakan
  • Persekitaran kelas kurang diberi perhatia sebelum kelas

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Teknologi Kejuruteraan Daerah Kali Pertama 2013

Tahun ini SMK Taman Semarak masih jadi Pengerusi Daerah, siapa lagi setiausahanya saya la..sebelum ni dah jadi pada tahun 2008, 2009, 2011, 2012 Masuk tahun ini kira cukup satu penggal macam PRU boleh la buat pemilihan baru tahun depan. Sekolah pun dah tak banyak tinggal 4 je tahun ni..SMK Taman Semarak, SMK Dato Mohd Said, Smk Taman Tunku Jaafar dan SMK Dato Mohd Said Seremban.
Alhamdulillah keputusan SPM tahun lepas, rata-rata sekolah dapat kenaikan peratus kelulusan dan GPMP.. Tahniah semua sekolah daerah Seremban termasuk SMK Taman Semarak.

Tahun ini dua aktiviti bakal diadakan. Aktiviti pertama Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Teknologi Kejuruteraan. Aktiviti kedua pula ialah Bengkel Pembinaan JSU dan Item Soalan Siri 2.. Aktiviti tersebut bakal dibuat pada bulan Julai dan Ogos tahun 2013. Diharap aktiviti ini bakal meningkatkan profesionalisme guru seterusnya meningkatkan prestasi pelajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Wassalam

Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2013


Pergi Ke Stadium Tertutup Nilai. Sampai ke sana leboh kurang jam 7.10 petang..solat dulu..kemudian makan..jumpa pulak kawan-kawan gu yang lain.. Jam 8.30, baru majlis bermula..